• Pakej Ejen Nikah Perkahwinan di Thailand | Siam | Songkhla


    Safar Barakah

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Safar Barakah

Khidmat Pakej Nikah Di Thailand Yang Diiktiraf Di Malaysia

(Pengurusan nikah di Siam berdasarkan pengalaman bertugas di Pejabat Agama oleh Ustaz Rasul Iman dan Pn. Sal Saari penyelaras utama bidang pernikahan)

Hubungi kami:

Sila hubungi melalui SMS atau Whatapps atau telefon saya untuk sebarang pertanyaan pakej lengkap yang disediakan.

 012-3558436

Pakej lengkap 8 dokumen 

Nikah Di Thailand

Safar Barakah menyediakan pakej perkhidmatan urus pernikahan di Thailand (Majlis Agama Islam Songkhla, Yala, Narathwiwat, Satun dan Patani) pada setiap hari.

Pihak konsulat Malaysia di Thailand adalah untuk tujuan pengesahan nikah anda dan mereka telah menetapkan syarat wajib sepertimana sama dengan syarat untuk daftar Malaysia  dimana pasangan wajib datang untuk berurusan bersama agen dan tidak boleh wakil atau sesiapa. Syarat lain yang telah yang ditetapkan urusan adalah 2 hari baru siap.

Kahwin Di Thailand

Pengurusan nikah Kahwin mengikut syarak dan diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

Nikah Di Siam
PAKEJ PENGURUSAN TERMASUK PENGANGKUTAN KETIKA BERADA DI THAILAND:
  • Pengangkutan perjalanan  di Thailand.
  • Khidmat perundingan dan pengurusan yang professional untuk segala urusan pernikahan anda di Selatan Thailand secara SAH disisi syarak dan undang-undang yang telah ditetapkan.
  • Pengangkutan dari Changlun Kedah  atau sempadan Bukit Kayu Hitam atau Lapangan Terbang Hat Yai atau Stesyen Keretapi  Padang Besar untuk segala urusan yang berkaitan sehingga selesai dan kembali ke  sempadan atau Hatyai.
  • Penginapan satu bilik hotel di thailand selama satu malam.
  • Bayaran kepada Kadi dan Saksi serta pengeluaran Sijil Nikah,Bayaran Pengesahan Sijil Nikah, Surat Pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam ,Bayaran kepada Konsulat Malaysia dan fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia di Songkhla.

Adanya kami supaya memudahkan pernikahan anda supaya anda boleh daftar pernikahan anda di Malaysia dan tidak berasa terkial2  sehingga tiada orang yg boleh mengambil gambar anda semasa nikah atau anda tidak sampai di tempat yang di tuju. Sebagai bukti yg anda sudah bernikah. Syarat daftar nikah di Malaysia perlu ada gambar sebagai bukti.

Nikah Di Siam

Kami tidak bertanggungjawab dan bersubahat dalam pernikahan jika ada pasangan memberi maklumat palsu yang bertentangan dengan hukum syarak nikah kawin.

Sekiranya mereka berkahwin melalui pergi sendiri tanpa agen untuk bernikah di Thailand kami sama sekali tidak akan membantu anda untuk daftar nikah di Malaysia . Semua pasangan yang berkahwin di Majlis Agama Islam Thailand , rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah dan akan digunakan sebagai rujukan Jabatan Agama Islam Malaysia.

Semua urusan adalah tertakluk dengan terma dan syarat.

Dokumen yang diperlukan untuk bernikah

Pasangan atau bakal pengantin yang memerlukan perkhimatan kami perlu menyediakan:

  • Passport – Yang sah lakunya sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Surat Cerai (Untuk perempuan yang berstatus janda)
  • Sijil Mati dan Sijil Nikah yang lama (untuk perempuan yang berstatus balu)
  • Surat/Kad Mualaf (jika berkenaan) bawa surat yang asal, bukan salinan dan Surat
    izin wali (Jika ada)

Pakaian untuk pasangan
Lelaki : berpakaian menutup aurat dan sopan
Wanita : bertudung, berbaju kurung yang menutup aurat dan sopan

Nikah Di Songkhla

Pernikahan ini SAH menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim)

Pakej VIP

Kami menyediakan pakej VIP dan privacy dimana tidak bercampur dengan pasangan lain semasa bernikah.

Pasangan yang hendak membawa keluarga atau pengiring bersama kami alukan.

Lihat Jadual Perjalanan

Kami bersama anda sepanjang perjalanan sehingga selesai urusan

TENTATIF PERJALANAN ANDA

*PAKEJ 1 Hari Harga RM1,500*
Sedia Maklum

🚗Trip 1: Isnin
🚗Trip 2: Selasa
🚗Trip 3: Rabu
🚗Trip 4: Khamis
🚗Trip 5: Sabtu
🚗Trip 6: Ahad
Jumaat RM2000 hari cuti

*TENTATIF*
———————-

🕕6:00 pagi: Bertolak dari Changlun , Kedah.

🕘9:00 pagi: Bersiap tukar pakaian.

🕙10:00 pagi : Urusan nikah.

🕛12:00 tgh hari : Makan tengah hari.

🕑2.00 petang : Di jangka tiba di Changlun , Kedah.

••••••••••••••
👍👍👍👍👍👍

*PAKEJ 2 Hari Harga RM1,800*
***********

🚗Trip 1: Isnin-Selasa
🚗Trip 2: Selasa-Rabu
🚗Trip 3: Rabu-Khamis
🚗Trip 4: Khamis-Jumaat

*TENTATIF*
——————–

*Hari Pertama:*
******************

🕕6:00 pagi: Bertolak dari Changlun , Kedah.

🕘9:00 pagi: Tukar pakaian dan bersiap.
🕙10:00 pagi : Urusan nikah
🕚11:00 pagi : Urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul Malaysia, Songkhla (hantar permohonan).

🕛12.00 tgh hari : Makan tengah hari & Check in Hotel di Hatyai / Songkhla.

🕑2.00 petang : Aktiviti bebas (Kim Yong Market/ Night Market/ Green Market/ Floating Market)

*Hari Ke-2 :*
***************

🕛12:00 tgh hari : Check out hotel & bertolak ke Pejabat Konsul Malaysia.

🕐1:00 petang : Urusan pengesahan nikah di Pejabat Konsul Malaysia, Songkhla (ambil dokumen).

🕜2:00 petang : Bertolak pulang ke Malaysia.

🕟4:00 petang : Di jangka tiba di Changlun Kedah.

Lihat Sijil Perkahwinan Untuk Pakej Lengkap

Sijil sah dan diiktiraf oleh mana-mana negeri Jabatan Agama Islam Malaysia setelah selesai nikah

Mas Kahwin / Mahar

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.

Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu jam sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.

Safar Barakah terdiri daripada pengendali warga Malaysia (USTAZ. RASUL IMAN) yang berpengalaman luas dalam menguruskan pernikahan di Thailand . Pernikahan yang diuruskan oleh kami adalah sah disisi undang-undang Malaysia mahupun Syarak. Kami menguruskan pernikahan mengikut prosedur yang betul dan sesuai dengan niat untuk membantu pasangan yang mengalami masalah untuk berumahtangga supaya tidak terjadi zina dan sebagainya.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Maskahwin atau Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar  atau mas kahwin biasanya RM100 sahaja supaya senang untuk  ingat kemudian hari ketika urusan daftar Malaysia kelak  atau boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Hukum Nikah Di Thailand
Hukum nikah di Thailand adalah sah dengan 4 syarat:
1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah iaitu mesti ada wali dan saksi.
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah bersamaan 96km.
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali tahkim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali tahkim.

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan keterlajuran ) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas kawin RM100) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hukum syarak yang membolehkan pasangan tersebut boleh dinikahkan oleh wali tahkim   adalah pastikan jarak wali sebenar hendaklah lebih 2 marhalah bersamaan dengan 96 km

“KAMI SEDIA MEMBANTU UNTUK MENDIRIKAN MASJID ANDA SEPERTI KELUARGA KAMI SENDIRI”

Pakej Nikah Di Thailand
*** Kami akan PASTIKAN anda pulang dengan 8 DOKUMEN LENGKAP sekiranya anda mengikut terma dan syarat yang kami telah berikan***
1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil Nikah (Disahkan Pejabat Konsul)
3. Surat Pengesahan Mais (Disahkan Pejabat Konsul)
4. Surat Tauliah Imam Jurunikah (Disahkan Pejabat Konsul)
5. Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
6. Salinan Passport Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
7. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah (Disahkan Pejabat Konsul)
8. Resit Rasmi Bayaran Di Pejabat Konsul Malaysia

[Semua urusan adalah tertakluk pada 2 hari 1 malam yang telah kami berikan seperti pakej diatas. TIADA SEBARANG DEPOSIT]

 

Pakej 1 Hari
(Pakej Nikah di Majlis Agama Islam Thailand )
Trip 1: Isnin
Trip 2: Selasa
Trip 3: Rabu
Trip 4: Khamis
Trip 5: Sabtu
Trip 6: Ahad

 

Tentatif:
– Bertolak dari Changlun Kedah atau Padang Besar
– Tiba di Majlis Agama Islam
– Majlis akad nikah
– Makan tengah hari
– Bertolak pulang
– Tiba di Changlun Kedah

 

Harga Pakej Termasuk:
1) Pengangkutan
2) Bilik untuk transit / rehat / tukar pakaian
3) Makan tengah hari
4) Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
5) Bayaran imam jurunikah
6) Bayaran 2 orang saksi
7) Bayaran surat tauliah imam jurunikah
8) Bayaran fotostat semua dokumen
9) Khidmat gambar dan video akad nikah
10) Taklimat  daftar nikah luar negara
11) Wifi PERCUMA sepanjang perjalanan

 

Pakej 2 Hari 1 Malam

(Pakej Nikah di Majlis Agama Islam  + Pengesahan Dokumen di Pejabat Konsul/ Kedutaan Malaysia di Songkhla)

Trip 1: Isnin – Selasa
Trip 2: Selasa – Rabu
Trip 3: Rabu – Khamis
Trip 4: Khamis – Jumaat

 

Tentatif:
Hari Pertama
– Bertolak dari Changlun Kedah atau Padang Besar
– Tiba di Majlis Agama Islam
– Majlis akad nikah
– Urusan serahan dokumen di Pejabat Konsul
– Makan tengah hari
– Check in di Hatyai / Songkhla. Aktiviti bebas.

 

Hari Kedua
– Check out hotel.
– Urusan pengambilan dokumen di Pejabat Konsul
– Bertolak pulang
– Tiba di Changlun Kedah

 

Harga Pakej Termasuk:
1) Pengangkutan
2) Penginapan 2 hari 1 malam
3) Makan tengah hari
4) Bayaran Majlis Agama Islam
5) Bayaran imam jurunikah
6) Bayaran 2 orang saksi
7) Bayaran surat tauliah imam jurunikah
8) Bayaran kepada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia
9) Bayaran fotostat semua dokumen
10) Khidmat gambar dan video akad nikah
11) Taklimat daftar nikah luar negara
12) Wifi PERCUMA sepanjang perjalanan


Dokumen yang perlu di bawa:
1. Kad Pengenalan (I/C)
2. Passport Antarabangsa atau Pas Sempadan untuk ic alamat  Kedah,Perlis,Kelantan dan Grik
3. Surat Cerai Asal (bagi janda sahaja)
4. Surat Akuan Peluk Islam (bagi muallaf sahaja)

 

Nota Penting:
– Bagi pasangan lelaki atau perempuan yang berumur bawah dari 18 tahun, mesti hadir bersama ayah atau ibu bagi urusan pernikahan.

– Kami menguruskan pasangan akad nikah secara sah di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand. Hubungi 012-3558436 (Encik Iman/ Puan Sal). Bagi pasangan yang membawa kenderaan sendiri atau menaiki bas, perlu tiba di Stesyen Bas Changlun Kedah sebelum jam 6.00 pagi bagi pelacaran urusan surat daftar Malaysia.

Untuk tempahan awal, boleh SMS atau ‘whatsapp’ kepada pihak kami maklumat berikut:

1. Nama Anda :………………..
2. Nama Pasangan: ………………..
3. Tarikh Nikah: ………………..
4. Pakej: Rm……………
[ Kami sendiri yang akan membawa pasangan dari Kedah ke Songkhla hingga selesai semua urusan. Idenditi pasangan akan dirahsiakan dari umum & tidak ada sebarang gambar atau video yang akan disebarkan dalam media / laman sosial. Rahsia pasangan adalah amanah pada kami ]

{Semua urusan untuk dapatkan surat daftar Malaysia perlulah bermalam 1 malam untuk menunggu surat itu siap. Tiada sebarang wakil yang boleh mengambil surat pengesahan konsulat tersebut kecuali pasangan yang nikah itu sendiri hadir bersama agen dan juga TIADA SEBARANG DEPOSIT}

Promosi Sah Sehingga Kami Akan Maklumkan Tarikh Tutup 

Pengangkutan Kami

The Vellfire VIP Plate Number “Mericik” By Safar Barakah

 

The Best Mu7

 

Jadual Kekosongan Bulan Februari 2020

01/2/2020 (Sabtu) – PENUH
02/2/2020 (Ahad) – PENUH
03/2/2020 (Isnin) – PENUH
04/2/2020 (Selasa) – 1 Kekosongan

05/2/2020 (Rabu) – 2 Kekosongan
06/2/2020 (Khamis) – 1 Kekosongan
07/2/2020 (Jumaat) –
08/2/2020 (Sabtu) – 1 Kekosongan
09/2/2020 (Ahad) – 1 Kekosongan
10/2/2020 (Isnin) – PENUH
11/2/2020 (Selasa) – 1 kekosongan
12/2/2020 (Rabu) – PENUH
13/2/2020 (Khamis) – 1 Kekosongan
14/2/2020 (Jumaat) –
15/2/2020 (Sabtu) – 3 Kekosongan
16/2/2020 (Ahad) – 1 Kekosongan
17/2/2020 (Isnin) – 3 Kekosongan
18/2/2020 (Selasa) – 1 kekosongan
19/2/2020 (Rabu ) – 4 Kekosongan
20/2/2020 (Khamis) – 1 Kekosongan
21/2/2020 (Jumaat) –
22/2/2020 (Sabtu) – 3 Kekosongan
23/2/2020 (Ahad) – 3 Kekosongan
24/2/2020 (Isnin) – 2 Kekosongan
25/2/2020 (Selasa) – 1 kekosongan
26/2/2020 (Rabu) – 3 Kekosongan
27/2/2020 (Khamis) – 1 Kekosongan
28/2/2020 (Jumaat) –

29/2/2020(Sabtu) – 1 Kekosongan

Jadual Kekosongan Bulan Mac  2020

01/3/2020 (Ahad) – 1 kekosongan
02/3/2020 (Isnin) – 3 Kekosongan
03/3/2020 (Selasa) – 1 Kekosongan
04/3/2020 (Rabu) – 4 Kekosongan
05/3/2020 (Khamis) – 4 Kekosongan
06/3/2020 (Jumaat) –
07/3/2020 (Sabtu) – 1 Kekosongan
08/3/2020 (Ahad) – 1 kekosongan
09/3/2020 (Isnin) – 3 Kekosongan
10/3/2020 (Selasa) – 1 Kekosongan
11/3/2020 (Rabu) – 2 Kekosongan
12/3/2020 (Khamis) – 4 Kekosongan
13/3/2020 (Jumaat) –
14/3/2020 (Sabtu) – 1Kekosongan
15/3/2020 (Ahad) – 1 kekosongan
16/3/2020 (Isnin) – 4 Kekosongan
17/3/2020 (Selasa) – 1 Kekosongan
18/3/2020 (Rabu) – 4 Kekosongan
19/3/2020 (Khamis) – 2 Kekosongan
20/3/2020 (Jumaat) –
21/3/2020 (Sabtu) – 1Kekosongan
22/3/2020 (Ahad) – 1 kekosongan
23/3/2020 (Isnin) – 3 Kekosongan
24/3/2020 (Selasa) – 1 Kekosongan
25/3/2020 (Rabu) – 4 Kekosongan
26/3/2020 (Khamis) – 5 Kekosongan
27/3/2020 (Jumaat) –
28/3/2020 (Sabtu) – 1 Kekosongan

29/3/2020(Ahad) – 1 Kekosongan

30/3/2020(Isnin) – 1 Kekosongan

31/3/2020(Selasa) – 1 Kekosongan

*** Untuk tempahan awal bagi bulan April 2020 sehingga Disember 2020 sila watsapp kepada pihak kami ***

 

PERINGATAN:

Majlis Agama Islam Songkhla Hanya Menerima Pasangan Yang Membuat Tempahan Awal Sahaja Dengan Kami Untuk Sesi Pernikahan Waktu Pagi Jikalau Tidak Berbuat Demikian Dokumen Nikah Anda Tidak Lengkap Dan Tidak Boleh Daftar Malaysia 

Semua Pasangan Diwajibkan Membuat Perancangan Awal Untuk Tempahan Kalau Boleh Sebelum Hari Akad Nikah. 

[ Diselaraskan pada 12 Februari 2020 ]

 

 

Harga Ikut Pakej Yang Kami Tawarkan Adalah “ALL-IN” Tertakluk Pada Pakej Yang Anda Pilih Untuk 2 Orang 1 pasangan ;

Pakej Balik Hari.
Pakej 2 Hari 1 Malam.

TIADA SEBARANG BAYARAN TAMBAHAN ATAU KOS TERSEMBUNYI
Testimoni Pelanggan

 

 

 

 

Anda Rasa Berminat Boleh Terus Hubungi Kami +60123558436

Dokumen Yang Anda Akan Dapat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*** Untuk Pakej Balik Hari RM1500 Dokumen Tidak Berapa Lengkap Dan Tiada Surat Pengesahan Nikah Iaitu Surat Daftar Malaysia Anda Akan Dapat 6 Dokumen Sahaja***

1.  Sijil Nikah 
2. Surat Pengesahan Mais 
3. Surat Tauliah Imam Jurunikah
4. Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri 
5. Salinan Passport Suami & Isteri 
6. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah 

 

Denda Nikah Di Thailand

Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan itu sendiri wajib hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara.

Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula tertakluk budi bicara Hakim.

Kebiasaan denda bagi kes bukan poligami adalah Rm300 – Rm500 untuk satu pasangan manakala bagi kes poligami pula denda adalah Rm500.

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin rahsia, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah tanpa restu, nikah sempadan, nikah wali enggan, poligami.

 

Rabu, 12 Februari 2020
Soal Jawab Nikah Thailand

Q & A Nikah Di Thailand 

Soalan: Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa prosedur yang kami perlu buat?

Jawapan: Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila watsapp  kepada kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih awal. Sediakan passport antarabangsa yang warna merah terlebih dahulu untuk memasuki negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh anda.

Soalan: Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?

Jawapan: Kami akan mengambil  Anda dari Changlun Kedah atau Sempadan Padang Besar menuju ke Majlis Agama Islam. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah sama macam  di Malaysia cumanya ada perkataan akan ditengah ayat dimana ayat penuh kami sediakan masa akad Nikah nanti. Selesai urusan nikah anda akan dapat terus dokumen dari pejabat agama  untuk  dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel untuk mengambil dokumen  dari  Pejabat Konsulat Malaysia . Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami.

Soalan: Berapakah harga untuk pakej pernikahan di Thailand/ Siam?

Jawapan: Untuk pakej pernikahan di Thailand, kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,800. Bayaran ini adalah termasuk kos pengangkutan & penginapan, bayaran di Majlis Agama Islam Thailand, bayaran di Pejabat Konsulat, fotostat dokumen serta makan tengah hari untuk pasangan. Termasuk semua bayaran berkaitan urusan pernikahan. Tiada sebarang bayaran tambahan.

Soalan: Sekiranya kami memilih untuk pakej nikah balik hari pula, berapa bayarannya?

Jawapan: Untuk pakej nikah balik hari yang sama kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,500. Tiada sebarang bayaran tambahan tetapi perlu diingat surat tersebut tidak lengkap dan tidak boleh daftar Malaysia kerana tiada pengesahan Nikah dari Konsulat yang mengambil masa 2 hari baru siap melainkan jika anda mempunyai perancangan untuk Nikah semula di Malaysia

Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?

Jawapan: Tidak boleh sama sekali . Dokumen  nikah boleh selesai dalam masa satu hari tetapi untuk , Pejabat Konsulat telah meletakkan syarat wajib bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan siap dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat dan syarat wajib ini perlu diikut sekiranya anda mahukan dokumen yang lengkap melainkan kalau anda hendak datang lain kali untuk ambil dokumen

Soalan: Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?

Jawapan: Boleh. Anda boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.

Soalan: Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?

Jawapan: Boleh tiada masalah tetapi , anda dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia . Daftar nikah luar negara boleh di buat bila-bila masa tiada tempoh.

Soalan: Bagaimana prosedur Daftar  nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?

Jawapan: Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk keluarkan Sijil nikah Malaysia . Sila bawa surat mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Malaysia di mana-mana negeri. Bawa bersama semua dokumen yang asal dan photostat. Sementara denda pula tertakluk pada hakim. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.

Soalan: Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?

Jawapan: Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat pengiktirafan dari Jabatan Agama Islam Malaysia  ataupun pernikahan tersebut dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf (Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja). Pasangan perlu memastikan bahawa Imam Jurunikah tersebut mendapat pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Thailand  (senarai Imam Jurunikah tersebut boleh didapati di pejabat agama setiap wilayah di Thailand

Soalan: Adakah akad nikah boleh dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama maksudnya saya akan Nikah semula  di Malaysia setelah saya bernikah di Thailand secara rahsia?

Jawapan:  Biasanya ini dipanggil Nikah gantung dimana ikut fatwa ulamak, tidak ada larangan atau haram  nikah semula bagi tujuan menghalalkan hubungan dengan syarat mengikut hukum syarak rukun nikah dengan kadi tauliah.

Soalan: Apabila kami berada di  Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand sebab kami belum  daftar lagi nikah kami adakah kami boleh kena tangkap sebab bersedudukan?

Jawapan: Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak kira dari negara mana sekalipun anda tidak bersalah atas bersekedudukan sebab anda ada bukti yang anda sudah bernikah dengan kemukakan bukti tetapi anda dinasihatkan supaya daftar Perkahwinan anda . Ini adalah berdasarkan pengalaman saya bekerja di Jabatan Agama.

Soalan : Bolehkah kami pergi nikah sendiri tanpa agen sebab kami hendak jimat kos ?

Jawapan : Untuk pengetahuan anda dengan pertukaran wang yang rendah tiada istilah jimat kerana harga kami lebih kurang sama macam anda pergi sendiri malah kalau pergi sendiri kos lebih tinggi sebab tiada perancangan dan hasil pengalaman saya bekerja bahagian daftar nikah banyak masalah dokumen yang tidak boleh daftar sebab pergi sendiri

Sebarang pertanyaan lain boleh membuat panggilan telefon atau khidmat pesanan melalui watsapp ringkas di talian www.wasap.my/6012-3558436 (Puan Sal / Encik Iman)

***Semoga Perkahwinan Anda Diberkati dan Diredhai Oleh Allah Subhanahu Wa Taala***

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin rahsia, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah wali enggan, nikah sempadan, nikah tanpa wali, poligami.

 

Rabu, 12 Februari  2020

 

KOLEKSI FOTO

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin rahsia, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah warga asing, nikah sempadan, nikah wali enggan, poligami.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Hubungi kami:

Sila hubungi melalui SMS atau www.wasap.my/60123558436
saya untuk sebarang pertanyaan

+6012-3558436

safarbarakah@gmail.com

© safarbarakah.com |